maksudkan perigi cari timba. Maksud kat sini ialah perempuan mencari lelaki untuk disatukan ataupun dijodohkan. Jadi terbalik la kan, biasanya lelaki yang cari wanita. Tapi sebenarnya tak pelik pon sebab zaman Rasululullah dahulu pun Siti Khadijah pun melamar baginda untuk disatukan. |
Namun yang berbezanya hari ini, perigi cari timba dengan cara yang salah sehingga kadang2 diambil kesempatan oleh timba(apa punyer timba la kan). Hal ini kenapa? sebab nisbah lelaki dan wanita cukup besar. Sampai kadang-kadang ada lelaki yang belum kahwin lagi dah pasang 4 orang.. dah kahwin macam mano tuh?
Tak salah perigi nak cari timba, namun timba kena fahamlah kan, hakikat kebahagian itu bukanlah dengan memiliki, namun dengan menyayangi dengan keikhlasan. Sikap tidak jujur akan membinasakan hubungan yang dibina.
Maka lebih baiklah perigi yang cari timba daripada perigi yang membiarkan airnya diambil oleh sapa-sapa sahaja sehinggakan tercemar air dalam perigi tu. Tak kurang juga perigi yang terlampau memilih timba, akhirnya menjadi anak dara tua(andartu).
Nice background photo with the high mountains.
ReplyDelete